Portfolio

2019-04-04 13:24:50

Kesemua kelas pengajian di Yayasan Ta’lim dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan , berpengalaman, komited dan mempunyai kemahiran dalam bidang dakwah dan tarbiyah. Mereka kesemuanya memiliki tauliah mengajar daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 Semua mata pelajaran pengajian mempunyai silibus yang ‘structured’ dan kandungannya dibukukan dan diterbitkan khas oleh Yayasan Ta’lim untuk memudahkan rujukan didalam kelas. Walaubagaimanapun, tenaga pengajar diberi ‘flexibility’ masa untuk menghabiskan sesuatu tajuk kerana Yayasan Ta’lim sedar bahawa kelancaran pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan tahap kefahaman dan kebolehan jemaah untuk mengusai sesuatu ilmu yang disampaikan. 

Pengajian kuliah juga dibuat berkonsepkan interaksi dua hala. Soal jawab adalah satu cara yang amat berkesan dalam menuntut ilmu. Kehadiran jemaah akan direkod bagi setiap kelas. Ini memanifestasikan kesungguhan pengajian di Yayasan Ta’lim berkomitmen dalam menyampaikan maklumat kepada jemaah.

Sebilangan besar kuliah pengajian dirakamkan dalam bentuk audio mahupun video supaya mereka yang tidak menghadiri kuliah boleh mengaksesnya di laman web Yayasan Ta’lim ataupun  membeli rakaman tersebut. Perpustakaan yang disediakan di Yayasan Ta’lim juga bertujuan untuk menambah manfaat kepada semua ahli jemaah.

Yayasan Ta’lim beroperasi dari Hari Selasa hingga Ahad, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang kami www.yayasantaalim.com, www.yayasantaalim.blogspot.com, atau di talian 03-7728 2393, 03-7731 0293.

Semoga semua usaha yang dijalankan di pusat pengajian ini dapat membantu dakwah dan meninggikan syiar islam, serta membawa manfaat kepada umat Islam amnya, baik diunia mahupun di akhirat. Hanya pada Allah kita memohon taufiq dan hidayah dalam menyempurnakan rancangan dan tugas agar menepati perintahNYA dan sesuai dengan bimbingan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Salam dan selawat kepada baginda SAW. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Messages