Modul Bimbingan serta Penghayatan Zikir & Doa Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah Bhg 2 & 3

2019-10-21 16:16:14

Modul Doa dan Zikir bahagian 2 & 3 

Doa dan Zikir merupakan ibadah paling agung yang tiada tolok tandingnya dalam Islam. Perintah untuk melaziminya sangat banyak disebutkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah namun, dalam kesibukan mengejar dunia dan isinya kita melihat perintah zikir dan doa ini semakin diabaikan pelaksanaannya. 

Modul ini akan memfokuskan kepada:- 
1. Bimbingan memahami konsep, prinsip asas dan etika zikir dan doa berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta pelaksanaannya.
2. Penghayatan terhadap intipati kandungan zikir dan doa sekaligus boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
3. Pengenalan kepada zikir asas seperti bacaan dalam solat, zikir selepas solat, zikir pagi dan petang, serta bimbingan untuk menghafal dan memahaminya.

Para peserta dikehendaki membawa buku yang digunakan sebagai rujukan utama dalam modul ini:
1. Doa Teman Sentiasa, Himpunan zikir dari Al-Quran & As-Sunnah, terbitan Yayasan Ta'lim.
2. Bacaan Dalam Solat Dan Selepas Solat terbitan Yayasan Ta'lim.

Daftar segera di http://bit.ly/ModulDoaBhgn2dan3
DAFTAR SEKARANG

Messages