About Us


Image

Tentang Yayasan Ta'lim:

Sebuah yayasan pengajian agama Islam yang menyediakan kelas pengajian dengan pendalilan yang sahih daripada Al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Sahabat ~Radiyallahu anhum~ serta kefahaman ulama-ulama salaf ~rahimahumullahu jami'an~.

Visi:
Untuk membangunkan ummah yang menghayati ajaran Islam berdasarkan Al Quran, Al-Sunnah serta berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah menurut pemahaman Salafussoleh.

Misi:
Menjadi pusat pengajian Islam yang mampu menjana seramai ahli masyarakat yang memahami dan mengamal Islam selaras dengan kehendak Allah SWT, melalui penggunaan infrastruktur yang relevan dan teknologi masa kini. 

Organisasi:
Yayasan Ta’lim adalah sebuah organisasi yang dikecualikan daripada Cukai Pendapatan  di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Yayasan Ta’lim ditubuhkan sebagai sebuah entiti kebajikan bagi menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat dan orang ramai. Justeru itu, Yayasan Ta’lim tidak menetapkan sebarang  yuran kepada mereka yang hadir. Namun, sumbangan ikhlas daripada ahli jemaah amat diharapkan agar aktiviti pengajian dan pembelajaran dapat berkembang dan berjalan dengan sebaiknya, insyaa-allah. Dengan itu, semua sumbangan wang tunai kepada Yayasan Ta’lim  layak mendapat potongan cukai pendapatan.

Perkhidmatan:

Kelas Pengajian Hadith disediakan bagi memenuhi keperluan memahami agama Islam dengan lebih mendalam serta bagi mendapatkan penjelasan terhadap ayat-ayat Al-Quran.


Kelas Pengajian Fiqh, seperti Fiqh Mazhab Syafi’e, Hadith-Hadith Hukum, Islamic Knowledge For Teenagers, serta Hukum-Hakam Kewangan Terkini memberi penerangan terhadap isu ibadah dan muamalah. Masyarakat akan menjadi lebih peka, teliti serta faham akan permasalahan fiqh yang sering timbul mutakhir ini.


Pengajian Bahasa Arab disajikan atas alasan Bahasa Arab adalah kunci kepada ilmu Islam. Keindahan bahasa Al-Quran serta Hadith Nabi tidak akan dapat dinikmati kemanisannya tanpa pengusaan Bahasa Arab yang baik. Justeru itu, kelas-kelas Bahasa Arab yang disediakan merangkumi kelas Harfiyah, Bahasa Arab Asas, Memahami Bahasa Al-Quran, Nahu dan Sorof serta Bahasa Arab Komunikasi (Arabic For Communication).


Pengajian Faham Al-Quran, Tafsir dan Tadabbur memberi pendedahan tentang makna-makna ayat Al-Quran, pengajaran yang boleh diperolehi serta rahsia-rahsia ayat-ayat tersebut dan cara mengamalnya.

Semua mata pelajaran pengajian mempunyai silibus yang ‘structured’ dan kandungannya dibukukan dan diterbitkan khas oleh Yayasan Ta’lim untuk memudahkan rujukan didalam kelas. Walaubagaimanapun, tenaga pengajar diberi ‘flexibility’ masa untuk menghabiskan sesuatu tajuk kerana Yayasan Ta’lim sedar bahawa kelancaran pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan tahap kefahaman dan kebolehan jemaah untuk mengusai sesuatu ilmu yang disampaikan. 

Alamat:
42A &44A, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur Malaysia

Hubungi Yayasan Ta'lim:
Telefon: 03-7728 2393 / 03-7731 0293 
SMS/Whatsapp: 019-282 1100

Waktu pejabat:
Isnin (cuti/tidak beroperasi)
Selasa hingga Jumaat (8:00 pagi - 5:00 petang)
Sabtu dan Ahad (8:00 pagi - 6:00 petang)

E-mail: yayasantaalim@gmail.com



Messages